My Blog List

Wednesday, 1 August 2012

Refleksi tentang kuliah 25/07/2012

Pada kuliah yang lepas, saya telah belajar dan mengenal tiga perkara daripada puan iaitu kita ada IQ, EQ dan SQ. Tuhan mengaturkan semua benda kepada kita dan apa yang membezakan kita ialah dengan adanya insan, kita ada perasaan, pemikiran untuk memikir, tahap IQ,EQ yang berbeza. Puan juga kaitkan IQ, EQ dan SQ dengan hardware dan software komputer untuk membuat saya lebih faham akan tajuk yang ingin disampaikan oleh pensyarah. IQ ialah otak (hardware) iaitu fikiran (software), EQ ialah jantung iaitu perasaan kita dan SQ ialah sel-sel atau DNA iaitu spiritual. 

Puan juga tanya kita siapa kita? Jawapan ialah kita ialah spiritual being bukan human being. Kenapa saya cakap begitu? Sebab ialah puan memberitahu kita bahawa human being hanya manusia yang hidup di bumi ini dengan keperluan bekalan air, makanan, udara dan benda luaran. Manakala spiritual being ialah manusia ada roh dan perasaan sendiri dan deria badan, ingin mendapat kasih sayang, hubungan dengan orang atau spiritual being yang lain. Ya, saya setuju. Kita hidup di bumi ini perlu berinteraksi dengan orang lain untuk hidup lebih bermakna bukan hanya mengejarkan kekayaan dan barang luaran sahaja yang penting ialah keperluan dalam diri kita agar kita dapat hidup ketenangan dan dapat menikmati kegembiraan yang sebenar. Spirit tidak akan mati tetapi human being akan mati dan akhirnya akan balik menjadi tanah. Saya telah memahami ini dan saya ialah Spiritual Being. 

Selain itu, puan juga telah memberitahu kita fikiran IQ ialah Bahagian Sadar dan EQ dan SQ ialah Bahagian Separa Sadar. IQ membuat keputusan dalam keadaan sedar dalam kehidupan dan EQ dan SQ ialah perasaan kita rasa dalam kehidupan kita dan buat kehidupan kita menjadi lebih menarik iaitu mengalami kegembiraan, kesedihan, kemarahan, terkejut, kerisauan dan "care for others". Pada pendapat saya, saya ingin menjadi seorang yang tinggi EQ dan SQ tetapi perlu juga IQ. Terima Kasih^^.

No comments:

Post a Comment