My Blog List
Thursday, 9 August 2012
Taxi dan Buskin Robbins
8/8/2012,
saya pergi ke Mid Valley dengan kawan saya untuk menonton wayang baru
"Step Up 4". Kami 4 orang pergi dengan taxi kerana
waktu tiket wayang sampai dekat masa tetapi perangai pemandu taxi itu
membuatkan saya tidak lega hati dan ingin marah kerana dia telah menghantar
kami berpusing-pusing ke tempat lain sebelum terus hantar kami ke Mid Valley.
Harga tumpang taxi menjadi lebih mahal RM 3 berbanding harga biasa. Semasa dia
menghantar kami, dia memandu dengan cepat dan memberi kami satu perasaan dia
dalam keadaan kemarahan. Saya ingin bercakap dengan pemandu tersebut kerana dia
telah salah jalan tetapi dihalang oleh kawan saya kerana mereka cakap dia ialah
seorang lelaki muda berbangsa india dan tidak boleh menentang suara atau
tingkah lakunya. Selepas kami turun dari taxi, dia terus
memandu dengan cepat untuk menunjukkan cara pelepasan kemarahannya kepada kami.
Saya juga berasa kemungkinan saya tertanya-tanya di mana jalan yang
digunakannya dengan kawan telah membuatkannya menjadi lebih panas barah. Harap-
harap lain kali jangan berjumpa pemandu yang begitu menakutkan dan kos tumpang
yang menjadi mahal.
Wayang
yang saya telah nikmati amat menarik sehingga ingin menari seperti pelakon
dalam wayang tersebut, memang menyeronokkan. Selepas menikmati wayang, kami
berbaris di depan Buskin Robbin di The Garden untuk mendapatkan ice-cream
percuma. Saya berucap terima kasih kapada Datuk Lee Chong Wei kerana telah
member satu pertandingan badminton yang begitu hebat kepada rakyat Malaysia dan
memberi peluang kepada kita menikmati ice-cream yang sedap dan mahal ini.
Tambahan pula, saya berterima kasih kepada pemilik Buskin Robbin kerana belanja
kami makan ice-cream. Satu kenangan indah bertambah dalam hati saya.^^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment