My Blog List

Friday, 3 August 2012

Refleksi kuliah 01/08/2012


01/08/2012, kuliah Kecerdasan Emosi hari ini adalah sambung bincang tentang fikiran IQ, EQ dan SQ. 
Fikiran IQ - What do I think?
EQ – What do I feel?
SQ (Spiritual) – Who am I? Apa tujuan hidup saya?
-          Life Purpose
Contoh Tokoh yang pensyarah beri sebagai contoh ialah 
1. Datuk Hisyamuddin- Bapa beliau ingin anaknya baca kesemua majalah dalam 5 bahasa sejak kecil-bos karangkraf(jenama bahan bacaan-majalah,buku…) Apa pun ada, kaya, mahu apa dapat apa. Pada suatu hari, tertanya-tanya who am i? rupa-rupanya apa yang beliau sentuh seperti kekayaan tidak penting. Beiau berasa hidupnya 1. Emptiness 2. Meaningless. Hidup sunyi, kekosongan, tidak bermakna.
2. Mat Salleh
3. Michael Jackson- kaya tetapi kekosongan, sunyi, tidak ada ketenangan, akhirnya ambil dadah.
Selepas itu, puan menanya kita satu soalan iaitu : "Apa tujuan saya hidup dalam dunia ini?" Sebenarnya saya tidak pernah tanya sendiri soalan seperti nin. Ya apa tujuan saya hidup? Saya fikir saya datang ke dunia ini adalah untuk mengenal kemurnian yang dicipta dan diberi oleh Tuhan kita dan mengenal ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat ini, belajar cara berinteraksi antara orang dan mengalami pelbagai duka suka di dunia ini. Kita haruslh membuat perkara yang bermakna kepada diri sendiri dan juga orang lain serta menjaga perasaan orang di sekeliling kita.
Di samping itu, puan juga menjelaskan bahawa semasa kita di antara 0 -7 tahun –ciri-ciri yang kita ada ialah seperti memori kekal , lihat apa, alami apa jadi tabiat, tingkah laku anda sehingga besar. Contoh: Adik nampak ibu bapa selalu bergaduh buat dia fikir oh suami isteri memang suka bergaduh, semasa dia sudah besar dan berkahwin akan selalu bergaduh dengan suami / isterinya kerana tidak filter apa yang baik apa yang buruk.Manakala selepas 7 tahun kita ada filter yang semakin kuat berfungsi untuk membantu kita membezakan baik dan buruk tentang sesuatu perkara.

Kesimpulan : Fikiran penting kerana membuat keputusan semasa fikiran sedar. EQ dan IQ – separa sadar penting kerana ia menentukan tingkah laku dan tabiat anda. Di antara Sadar dan Separa sadar ada filter, 0-7 tahun filter tidak kuat, bahagian sadar cakap ya separa sadar ya saja, 7-15 tahun, filter menjadi kuat dan sadar cakap ya tetapi separa sadar cakap tidak boleh.

No comments:

Post a Comment