Pada Hari Jumaat yang lalu, saya keluar dengan kawan dengan tujuan utama menghantarkan komputer riba ke Lowyat untuk dibaikikan. Ini ialah kali pertama saya keluar dengan menggunakan kos yang paling rendah. Saya ingin berterima kasih kepada kawan saya yang membawa kami untuk makan dan minum. Kenapa saya berkata begitu? Sebab ialah kami telah makan 3 kali di tiga tempat yang lain iaitu Mc D, Restoran Wong Kok dan Starbucks serta pergi 5 tempat yang berbeza, dan kos keseluruhan hanya menggunakan RM 27.40. Makanan yang kami telah makan sangat sedap dan mengkenyangkan dan kebanyakkan ialah set 'buy 1 free 1' dan 50 % diskaun. Sekarang imbas kembali, ini memang merupakan pengalaman yang baik dan saya telah memahami bahawa jika ingin berjimat semasa keluar, kita perlulah membuat pergiraan awal sebelum keluar, melayari dan mengkaji tempat mana yang ada 'offer' dan pertimbangan hemah semasa belanja. Dengan in, kita dapat berjimat semasa keluar bermain dan menikmati keseronokkan dengan sepenuhnya dan tidak akan risau bahawa kos belanja yang tinggi.
" Berjimat Cermat"
" Berjimat Cermat"
No comments:
Post a Comment