My Blog List

Sunday, 15 July 2012

Wau

Wau ialah sejenis permainan tradisional yang menjadi hiburan semasa masa lapang di tepi laut atau tempat lapang yang mendapat sumber angin yang kuat. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka (daripada buluh). Popular di negeri-negeri Semenanjung seperti negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau juga dikenali sebagai 'Layang-layang' di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. Pada masa kini, seluruh dunia meminati permainan wau. Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia. Pertandingan tahunan wau menjadi tarikan pelancong ke negara kita. Sekarang kampus saya juga diberi kerja kursus untuk menghasilkan wau hiasan untuk saya. Saya berasa penghasilan wau bukan satu kerja yang senang dan memerlukan jangka masa yang panjang untuk menyediakan bahan buatan seperti buluh yang nipis dan memerlukan ketelitian dalam menghiaskan wau kerana penghsilkan corak pada badan wau memerlukan teknik pemotongan corak yang banyak pada kertas yang nipis.

No comments:

Post a Comment