My Blog List

Sunday, 8 July 2012

Dairi 3 (8/7)


Minggu ini mula sibuk membuat kerja rumah dan persediaan perbentangan tentang subjek tertentu dan saya berasa malas lagi tetapi berusaha menyiapkan kerjakerja tersebut. Saya juga berasa membuat karya anyaman seni bukan sesuatu kerja yang mudah tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi dan juga nilai estetika tentang karya tersebut. Saya telah mengambil banyak masa dalam menyiapkan anyaman dan tidak berpuas hati kerana karya saya tidak sempurna harap lain kali dapat menghasilkan anyaman yang lebih cantik selepas pengalaman pertama ini yang menggunakan ribbon sebagai bahan anyaman. Pada Hari Sabtu iaitu 7/7/2012, pensyarah PSV telah membawa kami iaitu tiga kelas yang mengambil subjek PSV untuk melawat ke Festival Flora di Putrajaya. Kami tiba sana pada pukul 9 pagi dan pulang pada pukul 3 petang. Saya berasa gembira dapat menikmati kemurnian alam flora dan banyak reka bentuk landskap dan pertandingan menggunakan bahan flora untuk menghasilkan karya seni dan pelbagai gerai-gerai bunga yang cantik. Saya telah melawat pelbagai taman yang mempunyai tema berbeza dan telah menangkap gambar kenangan untuk lawatan ini. Saya berasa sangat gembira walaupun kepenatan teruk dialami dan ingin berterima kasih kepada pihak penganjur yang menganjurkan lawatan ini, para pensyarah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta kawan-kawan seteman sepanjang lawatan ini. Lawatan ini telah memberi peluang untuk saya meningkatkan pengetahuan tentang seni dan flora dan juga menjadi kenangan terindah dalam hidup IPG.^^

No comments:

Post a Comment