My Blog List

Monday, 20 August 2012

Genting

Hari ini saya baru balik dari genting. Pengalaman kali ini sangat mengembirakan dan telah belajar banyak benda tentang kurnian Tuhan dan menikmati keindahan alam sekitar walaupun sangat sejuk. Selain itu, camping kali ini telah memberi peluang kepada saya mengenal kawan baru dan berkongsi pendapat serta bermain permainan bersama-sama. Harap tahun yang akan datang dapat menyertai aktiviti bermakna seperti kali ini lagi.

Thursday, 9 August 2012

Taxi dan Buskin Robbins







8/8/2012, saya pergi ke Mid Valley dengan kawan saya untuk menonton wayang baru "Step Up 4". Kami 4 orang pergi dengan taxi kerana waktu tiket wayang sampai dekat masa tetapi perangai pemandu taxi itu membuatkan saya tidak lega hati dan ingin marah kerana dia telah menghantar kami berpusing-pusing ke tempat lain sebelum terus hantar kami ke Mid Valley. Harga tumpang taxi menjadi lebih mahal RM 3 berbanding harga biasa. Semasa dia menghantar kami, dia memandu dengan cepat dan memberi kami satu perasaan dia dalam keadaan kemarahan. Saya ingin bercakap dengan pemandu tersebut kerana dia telah salah jalan tetapi dihalang oleh kawan saya kerana mereka cakap dia ialah seorang lelaki muda berbangsa india dan tidak boleh menentang suara atau tingkah lakunya.   Selepas kami turun dari taxi, dia terus memandu dengan cepat untuk menunjukkan cara pelepasan kemarahannya kepada kami. Saya juga berasa kemungkinan saya tertanya-tanya di mana jalan yang digunakannya dengan kawan telah membuatkannya menjadi lebih panas barah. Harap- harap lain kali jangan berjumpa pemandu yang begitu menakutkan dan kos tumpang yang menjadi mahal.


Wayang yang saya telah nikmati amat menarik sehingga ingin menari seperti pelakon dalam wayang tersebut, memang menyeronokkan. Selepas menikmati wayang, kami berbaris di depan Buskin Robbin di The Garden untuk mendapatkan ice-cream percuma. Saya berucap terima kasih kapada Datuk Lee Chong Wei kerana telah member satu pertandingan badminton yang begitu hebat kepada rakyat Malaysia dan memberi peluang kepada kita menikmati ice-cream yang sedap dan mahal ini. Tambahan pula, saya berterima kasih kepada pemilik Buskin Robbin kerana belanja kami makan ice-cream. Satu kenangan indah bertambah dalam hati saya.^^

 

Tuesday, 7 August 2012

Inilah wau buatan saya^^





Walaupun proses penghasilan wau adalah satu kerja yang amat mempenatkan badan dan minda saya, tetapi inilah pengalaman yang berharga untuk saya. Ini kerana penghasilan wau memerlukan kesabaran dan ketelitian yang penuh untuk menghasilkan sesuatu hasil kerja yang sempurna dan baik. Selepas menyiapkan hasil kerja ini, saya telah mengalami kepenatan dan kesakitan tulang belakang setelah terlalu lama duduk untuk membuat wau. Saya tidak akan lupa pengalaman ini.

Friday, 3 August 2012

Spiritual Being VS Human Being


“We are not human beings having a spiritual experience. We are spiritual beings having a human experience.”


Kita ialah spiritual being yang mempunyai roh yang mengalami kehidupan manusia. Menurut seorang ahli spiritual, beliau mengatakan bahawa janganlah kita bimbang menjadi seorang yang sempurna hidupannya di bumi ini kerana kita ada banyak masa dan peluang untuk menjadi sempurna di syurga. Lahir di sini di planet bumi kita belajar pelajaran, kami membesar, dan kami cuba untuk memaafkan diri dan orang lain kerana kita berusaha untuk mencintai satu sama lain tanpa syarat. Kita harus berusaha memegang semangat kerohanian dan amalan baik sebelum hadir di syurga daripada melakukan buruk. Antara guru-guru yang saya temui di laman web telah berkata, "Anda bukan sebuah badan tetapi anda hanya tinggal di dalam badan." Sekarang saya faham bahawa saya ialah spiritual being dengan selanjutnya dan perbezaan antara spiritual being dan human being. Spiritual being tidak akan mati dan membawa perasaan manakala human being akan mati dan hanya sebagai satu tubuh untuk kita di bumi ini. TQ

Refleksi kuliah 01/08/2012


01/08/2012, kuliah Kecerdasan Emosi hari ini adalah sambung bincang tentang fikiran IQ, EQ dan SQ. 
Fikiran IQ - What do I think?
EQ – What do I feel?
SQ (Spiritual) – Who am I? Apa tujuan hidup saya?
-          Life Purpose
Contoh Tokoh yang pensyarah beri sebagai contoh ialah 
1. Datuk Hisyamuddin- Bapa beliau ingin anaknya baca kesemua majalah dalam 5 bahasa sejak kecil-bos karangkraf(jenama bahan bacaan-majalah,buku…) Apa pun ada, kaya, mahu apa dapat apa. Pada suatu hari, tertanya-tanya who am i? rupa-rupanya apa yang beliau sentuh seperti kekayaan tidak penting. Beiau berasa hidupnya 1. Emptiness 2. Meaningless. Hidup sunyi, kekosongan, tidak bermakna.
2. Mat Salleh
3. Michael Jackson- kaya tetapi kekosongan, sunyi, tidak ada ketenangan, akhirnya ambil dadah.
Selepas itu, puan menanya kita satu soalan iaitu : "Apa tujuan saya hidup dalam dunia ini?" Sebenarnya saya tidak pernah tanya sendiri soalan seperti nin. Ya apa tujuan saya hidup? Saya fikir saya datang ke dunia ini adalah untuk mengenal kemurnian yang dicipta dan diberi oleh Tuhan kita dan mengenal ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat ini, belajar cara berinteraksi antara orang dan mengalami pelbagai duka suka di dunia ini. Kita haruslh membuat perkara yang bermakna kepada diri sendiri dan juga orang lain serta menjaga perasaan orang di sekeliling kita.
Di samping itu, puan juga menjelaskan bahawa semasa kita di antara 0 -7 tahun –ciri-ciri yang kita ada ialah seperti memori kekal , lihat apa, alami apa jadi tabiat, tingkah laku anda sehingga besar. Contoh: Adik nampak ibu bapa selalu bergaduh buat dia fikir oh suami isteri memang suka bergaduh, semasa dia sudah besar dan berkahwin akan selalu bergaduh dengan suami / isterinya kerana tidak filter apa yang baik apa yang buruk.Manakala selepas 7 tahun kita ada filter yang semakin kuat berfungsi untuk membantu kita membezakan baik dan buruk tentang sesuatu perkara.

Kesimpulan : Fikiran penting kerana membuat keputusan semasa fikiran sedar. EQ dan IQ – separa sadar penting kerana ia menentukan tingkah laku dan tabiat anda. Di antara Sadar dan Separa sadar ada filter, 0-7 tahun filter tidak kuat, bahagian sadar cakap ya separa sadar ya saja, 7-15 tahun, filter menjadi kuat dan sadar cakap ya tetapi separa sadar cakap tidak boleh.

Wednesday, 1 August 2012

Refleksi tentang kuliah 25/07/2012

Pada kuliah yang lepas, saya telah belajar dan mengenal tiga perkara daripada puan iaitu kita ada IQ, EQ dan SQ. Tuhan mengaturkan semua benda kepada kita dan apa yang membezakan kita ialah dengan adanya insan, kita ada perasaan, pemikiran untuk memikir, tahap IQ,EQ yang berbeza. Puan juga kaitkan IQ, EQ dan SQ dengan hardware dan software komputer untuk membuat saya lebih faham akan tajuk yang ingin disampaikan oleh pensyarah. IQ ialah otak (hardware) iaitu fikiran (software), EQ ialah jantung iaitu perasaan kita dan SQ ialah sel-sel atau DNA iaitu spiritual. 

Puan juga tanya kita siapa kita? Jawapan ialah kita ialah spiritual being bukan human being. Kenapa saya cakap begitu? Sebab ialah puan memberitahu kita bahawa human being hanya manusia yang hidup di bumi ini dengan keperluan bekalan air, makanan, udara dan benda luaran. Manakala spiritual being ialah manusia ada roh dan perasaan sendiri dan deria badan, ingin mendapat kasih sayang, hubungan dengan orang atau spiritual being yang lain. Ya, saya setuju. Kita hidup di bumi ini perlu berinteraksi dengan orang lain untuk hidup lebih bermakna bukan hanya mengejarkan kekayaan dan barang luaran sahaja yang penting ialah keperluan dalam diri kita agar kita dapat hidup ketenangan dan dapat menikmati kegembiraan yang sebenar. Spirit tidak akan mati tetapi human being akan mati dan akhirnya akan balik menjadi tanah. Saya telah memahami ini dan saya ialah Spiritual Being. 

Selain itu, puan juga telah memberitahu kita fikiran IQ ialah Bahagian Sadar dan EQ dan SQ ialah Bahagian Separa Sadar. IQ membuat keputusan dalam keadaan sedar dalam kehidupan dan EQ dan SQ ialah perasaan kita rasa dalam kehidupan kita dan buat kehidupan kita menjadi lebih menarik iaitu mengalami kegembiraan, kesedihan, kemarahan, terkejut, kerisauan dan "care for others". Pada pendapat saya, saya ingin menjadi seorang yang tinggi EQ dan SQ tetapi perlu juga IQ. Terima Kasih^^.