My Blog List

Sunday, 22 July 2012

Jimat

Pada Hari Jumaat yang lalu, saya keluar dengan kawan dengan tujuan utama menghantarkan komputer riba ke Lowyat untuk dibaikikan. Ini ialah kali pertama saya keluar dengan menggunakan kos yang paling rendah.  Saya ingin berterima kasih kepada kawan saya yang membawa kami untuk makan dan minum. Kenapa saya berkata begitu? Sebab ialah kami telah makan 3 kali di tiga tempat yang lain iaitu Mc D, Restoran Wong Kok dan Starbucks serta pergi 5 tempat yang berbeza, dan kos keseluruhan hanya menggunakan RM 27.40. Makanan yang kami telah makan sangat sedap dan mengkenyangkan dan kebanyakkan ialah set 'buy 1 free 1' dan 50 % diskaun. Sekarang imbas kembali, ini memang merupakan pengalaman yang baik dan saya telah memahami bahawa jika ingin berjimat semasa keluar, kita perlulah membuat pergiraan awal sebelum keluar, melayari dan mengkaji tempat mana yang ada 'offer' dan pertimbangan hemah semasa belanja. Dengan in, kita dapat berjimat semasa keluar bermain dan menikmati keseronokkan dengan sepenuhnya dan tidak akan risau bahawa kos belanja yang tinggi.  
 " Berjimat Cermat"

Sunday, 15 July 2012

Wau

Wau ialah sejenis permainan tradisional yang menjadi hiburan semasa masa lapang di tepi laut atau tempat lapang yang mendapat sumber angin yang kuat. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka (daripada buluh). Popular di negeri-negeri Semenanjung seperti negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau juga dikenali sebagai 'Layang-layang' di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. Pada masa kini, seluruh dunia meminati permainan wau. Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia. Pertandingan tahunan wau menjadi tarikan pelancong ke negara kita. Sekarang kampus saya juga diberi kerja kursus untuk menghasilkan wau hiasan untuk saya. Saya berasa penghasilan wau bukan satu kerja yang senang dan memerlukan jangka masa yang panjang untuk menyediakan bahan buatan seperti buluh yang nipis dan memerlukan ketelitian dalam menghiaskan wau kerana penghsilkan corak pada badan wau memerlukan teknik pemotongan corak yang banyak pada kertas yang nipis.

Sunday, 8 July 2012

Dairi 3 (8/7)


Minggu ini mula sibuk membuat kerja rumah dan persediaan perbentangan tentang subjek tertentu dan saya berasa malas lagi tetapi berusaha menyiapkan kerjakerja tersebut. Saya juga berasa membuat karya anyaman seni bukan sesuatu kerja yang mudah tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi dan juga nilai estetika tentang karya tersebut. Saya telah mengambil banyak masa dalam menyiapkan anyaman dan tidak berpuas hati kerana karya saya tidak sempurna harap lain kali dapat menghasilkan anyaman yang lebih cantik selepas pengalaman pertama ini yang menggunakan ribbon sebagai bahan anyaman. Pada Hari Sabtu iaitu 7/7/2012, pensyarah PSV telah membawa kami iaitu tiga kelas yang mengambil subjek PSV untuk melawat ke Festival Flora di Putrajaya. Kami tiba sana pada pukul 9 pagi dan pulang pada pukul 3 petang. Saya berasa gembira dapat menikmati kemurnian alam flora dan banyak reka bentuk landskap dan pertandingan menggunakan bahan flora untuk menghasilkan karya seni dan pelbagai gerai-gerai bunga yang cantik. Saya telah melawat pelbagai taman yang mempunyai tema berbeza dan telah menangkap gambar kenangan untuk lawatan ini. Saya berasa sangat gembira walaupun kepenatan teruk dialami dan ingin berterima kasih kepada pihak penganjur yang menganjurkan lawatan ini, para pensyarah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta kawan-kawan seteman sepanjang lawatan ini. Lawatan ini telah memberi peluang untuk saya meningkatkan pengetahuan tentang seni dan flora dan juga menjadi kenangan terindah dalam hidup IPG.^^