My Blog List

Thursday, 28 June 2012

Special Child Center


           
            Video klip pilihan sya ialah sekumpulan murid-murid pendidikan khas meraikan Hari Ibu Bapa dengan menari dan menyanyi di depan ibu bapa mereka, cikgu dan hadirin yang lain. Mereka begitu menikmati keseronokkan dan gembira semasa melakukan persembahan.

            Perasaan saya selepas melihat persembahan murid-murid pendidikan khas ialah pada mulanya, saya berasa hati tidak selesa melihat murid-murid pendidikan khas ini, hati saya berasa pelik dan tidak tahu macam mana untuk menjelaskan perasaan saya, ada sedikit takut, simpati, tidak berani mendekati mereka tetapi semasa mereka mempersembahkan tarian tersebut saya berasa gembira juga apabila mereka menikmati suasana menari, ada yang sangat comel juga dan ada yang aksinya mengembirakan saya. Saya berasa sayang akan mereka apabila melihat keistimewaan yang Tuhan berikan kepada mereka tetapi apabila saya mendekat diri dengan mereka, saya berasa takut dan cuba tabalkan hati untuk bersedia membuka hati untuk menerima mereka. Saya tahu perbezaan antara saya dengan mereka. Saya tahu merekalah murid yang akan saya hadapi sepanjang masa selepas menyelesaikan kursus perguruan di IPGKBM dan akan menjadi guru pendidikan khas, saya perlu berusaha sedaya upaya untuk menguatkan minda diri untuk menerima mereka sebagai insane ciptaan Tuhan yang mulia dan menyayangi mereka seperti kawan dan adik sendiri serta menerima mereka dengan hati terbuka dan memberi penuh kasih sayang kepada mereka. Melalui video ini, saya bolah melihat sekumpulan kanak-kanak yang begitu gembira dan suci.
            Jika saya merupakan seorang murid pendidikan khas, saya akan berasa tersisih daripada masyarakat and selalu mengalami kecederaan hati mellalui kelihatan istimewa daripada orang normal. Selain itu, jika saya seorang murid pendidikan khas seperti mereka dalam video tersebut, saya juga akan menari dan menyanyi sebaik-baiknya kepada ibu bapa dan guru yang telah mengajar saya dan memberi kasih sayang yang penuh kepada saya sebagai satu balasan ringan kepada mereka.
            Akhirnya, dari perspektif kompetensi EQ personal, kita haruslah menumpukan perhatian dengan murid-murid pendidikan dengan menjadi sukalelawan di pusat pendidikan khas untuk memberikan kasih sayang yang banyak kepada mereka kerana mereka amat memerlukan kasih sayang daripada kita untuk menerusi kehidupan yang bahagia. Manakala dari perspektif kompetensi EQ social, kerjasama antara kerajaan dan organisasi swasta amat diperlukan untuk menyediakan kemudahan kepada murid-murid pendidikan khas agar mereka dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan menyediakan aktiviti atau khusus untuk mereka belajar kemahiran agar dapat menbiayai sendiri pada masa hadapan selepas melangkah ke dunia masyarakat sebenar. Murid-murid pendidikan khas diberi peluang menjawat jawatan seperti orang normal sekiranya ada kemampuannya yang memenuhi syarat jawatan. Selain itu, murid-murid diberi peluang berhadapan orang ramai. Sebagai ahli masyarakat, marilah kita memberi kasih sayang dan dermaan yang iklas terhadap mereka yang amat memerlukan bantuan masyarakat.



No comments:

Post a Comment