My Blog List
Thursday, 28 June 2012
Diari Minggu 2 (25-29/06/2012)
Minggu ini saya berasa tidak bersemangat belajar dan selalu malas membuat kerja rumah. Saya berasa tidak selasa dengan cuaca di KL yang menghadapi jelebu yang teruk dan tidak ada selera makan. Saya berasa buat apa-apa pun tidak dapat menumpukan seratus peratus perhatian. Saya juga berasa bersalah dan ingin meminta maaf kepada pensyarah yang mengajar saya Kecerdasan Emosi kerana membuat bising. Sebenarnya, saya tidak berapa jelas apa yang pensyarah cakap di depan kerana tempat duduk saya jauh dan saya menanyakan rakan saya di sebelah iaitu Nicky untuk memastikan apa yang telah saya dengar adalah betul dan pada masa ini pensyarah telah memanggil kita berdua untuk menjelaskan apa yang telah dijelaskan oleh puan kerana mengatakan kami bising tidak menumpukan perhatian. Saya ingin meminta maaf atas ketidaksopanan dan kebisingan saya tetapi saya ada mendengar semasa pensyarah menyampaikan sesuatu. Walaupun minggu ini kebanyakkan masa saya tidak bersemangat dan berasa penat tetapi saya masih berasa gembira semasa melakukan aktiviti seni yang saya minat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment