My Blog List

Saturday, 30 June 2012

My Lovely Cloth & Shoe

First time draw cloth using marker^^~LIKE LIKE LIKE

First time draw shoe using pelaka and poster colour. New experience^^ 



Thursday, 28 June 2012

Diari Minggu 2 (25-29/06/2012)


Minggu ini saya berasa tidak bersemangat belajar dan selalu malas membuat kerja rumah. Saya berasa tidak selasa dengan cuaca di KL yang menghadapi jelebu yang teruk dan tidak ada selera makan. Saya berasa buat apa-apa pun tidak dapat menumpukan seratus peratus perhatian. Saya juga berasa bersalah dan ingin meminta maaf kepada pensyarah yang mengajar saya Kecerdasan Emosi kerana membuat bising. Sebenarnya, saya tidak berapa jelas apa yang pensyarah cakap di depan kerana tempat duduk saya jauh dan saya menanyakan rakan saya di sebelah iaitu Nicky untuk memastikan apa yang telah saya dengar adalah betul dan pada masa ini pensyarah telah memanggil kita berdua untuk menjelaskan apa yang telah dijelaskan oleh puan kerana mengatakan kami bising tidak menumpukan perhatian. Saya ingin meminta maaf atas ketidaksopanan dan kebisingan saya tetapi saya ada mendengar semasa pensyarah menyampaikan sesuatu. Walaupun minggu ini kebanyakkan masa saya tidak bersemangat dan berasa penat tetapi saya masih berasa gembira semasa melakukan aktiviti seni yang saya minat.  





seni^^

Special Child Center


           
            Video klip pilihan sya ialah sekumpulan murid-murid pendidikan khas meraikan Hari Ibu Bapa dengan menari dan menyanyi di depan ibu bapa mereka, cikgu dan hadirin yang lain. Mereka begitu menikmati keseronokkan dan gembira semasa melakukan persembahan.

            Perasaan saya selepas melihat persembahan murid-murid pendidikan khas ialah pada mulanya, saya berasa hati tidak selesa melihat murid-murid pendidikan khas ini, hati saya berasa pelik dan tidak tahu macam mana untuk menjelaskan perasaan saya, ada sedikit takut, simpati, tidak berani mendekati mereka tetapi semasa mereka mempersembahkan tarian tersebut saya berasa gembira juga apabila mereka menikmati suasana menari, ada yang sangat comel juga dan ada yang aksinya mengembirakan saya. Saya berasa sayang akan mereka apabila melihat keistimewaan yang Tuhan berikan kepada mereka tetapi apabila saya mendekat diri dengan mereka, saya berasa takut dan cuba tabalkan hati untuk bersedia membuka hati untuk menerima mereka. Saya tahu perbezaan antara saya dengan mereka. Saya tahu merekalah murid yang akan saya hadapi sepanjang masa selepas menyelesaikan kursus perguruan di IPGKBM dan akan menjadi guru pendidikan khas, saya perlu berusaha sedaya upaya untuk menguatkan minda diri untuk menerima mereka sebagai insane ciptaan Tuhan yang mulia dan menyayangi mereka seperti kawan dan adik sendiri serta menerima mereka dengan hati terbuka dan memberi penuh kasih sayang kepada mereka. Melalui video ini, saya bolah melihat sekumpulan kanak-kanak yang begitu gembira dan suci.
            Jika saya merupakan seorang murid pendidikan khas, saya akan berasa tersisih daripada masyarakat and selalu mengalami kecederaan hati mellalui kelihatan istimewa daripada orang normal. Selain itu, jika saya seorang murid pendidikan khas seperti mereka dalam video tersebut, saya juga akan menari dan menyanyi sebaik-baiknya kepada ibu bapa dan guru yang telah mengajar saya dan memberi kasih sayang yang penuh kepada saya sebagai satu balasan ringan kepada mereka.
            Akhirnya, dari perspektif kompetensi EQ personal, kita haruslah menumpukan perhatian dengan murid-murid pendidikan dengan menjadi sukalelawan di pusat pendidikan khas untuk memberikan kasih sayang yang banyak kepada mereka kerana mereka amat memerlukan kasih sayang daripada kita untuk menerusi kehidupan yang bahagia. Manakala dari perspektif kompetensi EQ social, kerjasama antara kerajaan dan organisasi swasta amat diperlukan untuk menyediakan kemudahan kepada murid-murid pendidikan khas agar mereka dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan menyediakan aktiviti atau khusus untuk mereka belajar kemahiran agar dapat menbiayai sendiri pada masa hadapan selepas melangkah ke dunia masyarakat sebenar. Murid-murid pendidikan khas diberi peluang menjawat jawatan seperti orang normal sekiranya ada kemampuannya yang memenuhi syarat jawatan. Selain itu, murid-murid diberi peluang berhadapan orang ramai. Sebagai ahli masyarakat, marilah kita memberi kasih sayang dan dermaan yang iklas terhadap mereka yang amat memerlukan bantuan masyarakat.



Thursday, 21 June 2012

Mengapa saya mencipta blog ini?

             Blog ini dicipta atas permintaan pensyarah yang mengajar saya dalam subjek Kecerdasan Emosi pada hari 20.06.2012, hari Rabu baru-baru ini. Blog ini ialah sebagai satu media untuk saya menulis perasaan dalam kehidupan serta sebagai media menghantar kerja tugasan subjek ini. Pada mulanya, saya mencipta blog ini memikir banyak : " Bagaimana saya mencipta blog dahulu yang pernah saya buat? ; Bolehkah saya mengingat passwords blog saya? ; Apakah benda yang saya ingin berkongsi dalam blog saya? ; Bagaimana saya menghiaskan blog saya? dan sebagainya...
             
             Mengapa saya cipta blog ini? Adakah hanya untuk memenuhi permintaan puan? Adakah hanya menghantar kerja rumah? Saya rasa tidak hanya macam tu kerana saya semakin menyukai kerja ni, ingin berkongsi suka duka kepada orang lain mealui blog ini, blog ini sebagai media meluahkan perasaan yang tidak dapat dikeluakan semasa dalam kehidupan sebenar tetapi ini ialah kehidupan bertulis, lebih mudah untuk menyampaikan pemikiran saya kepada orang lain daripada berdepan di hadapan saya. *Walaupun saya ialah pemalas* haha.


              Saya berasa mencipta blog ini juga merupakan cabaran dan benda yang baru kepada saya dan juga memberi saya tanggungjawab untuk aktifkan blog ini dan kali pertama menulis blog untuk menghantar kerja dan tugasan. Benda yang baru, belum cuba belum tahu^^~