Saya bersyukur kerana mendapat peluang untuk mengambil
mata pelajaran Kecerdasan emosi dalam semester ini. Mata pelajaran ini memberi
banyak penerangan tentang psikologi dan IQ, EQ dan SQ yang terdapat dalam
setiap individu. EQ yang tinggi dapat membantu seseorang melakukan kerja dengan
lebih cepat, berkesan dan kehidupannya menjadi ceria, gembira, kebahagian. EQ
yang tinggi dapat memimpin seseorang ke jalan kejayaan yang cemerlang dan
terbilang. EQ menunjukkan kepada kebahagian hati dalam kehidupan tetapi bukan
hanya kemewahan dan kekayaan dari segi kehidupan kerana jika seseorang kaya
dalam kehidupan luaran tetapi sunyi and kekosongan dalam hati, orang tersebut
tidak dikira bahagia dalam kehidupannya dan dikategori dalam EQ yang rendah.
Kebanyakan
orang pernah bermimpi ingin mempunyai IQ yang tinggi agar dapat menikmati
kekayaan dari segi kebijaksanaan dan tidak akan mengalami kehidupan yang susah
kerana orang yang bijak selalu mendapat kepujian daripada orang lain. Tetapi
ada anda fikirkan orang yang tinggi IQ tetapi rendah EQ akan menghadapi masalah
berkomunikasi dengan orang lain dan sentiasa bersendirian dan lama-lama akan
menjadi seorang yang kehilangan kawan sejati serta hidup tidak bahagia. Oleh
itu, kita harus berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan EQ kita agar dapat
menjalin hubungan baik dalam masyarakat dan disenangi oleh orang lain,
melahirkan kehidupan yang penuh kemanusiaan dan kebahagian, kita akan sentiasa
hidup dalam keadaan gembira, senang mengatasi tekanan kehidupan dan benar-benar
menyayangi orang di sekelilingnya dan dunia ini. Dengan kehidupan yang bahagia
dari segi mental dan hati, kita dapat melakukan semua perkara dengan baik,
belajar dengan bersungguh-sungguh, meningkatkan kualiti kerja dan prestasi
diri-sendiri sehingga mencapai kecemerlangannya dan menjadi seorang yang
berjaya, cemerlang dan seimbang dari segi IQ dan EQ. Seperti yang saya katakan, penguasaan IQ juga
penting tetapi IQ dapat dibentuk melalui belajar dan kemahiran berfikir secara
bijak dalam melaksanakan kerja. Orang yang tinggi EQ mempunyai tingkah laku
yang sopan, sentiasa memberi imej baik kepada orang lain, dapat berkomunikasi
dengan cekap dan baik, seorang penyayang, sering membantu orang dalam kesusahan
dan tinggi nilai murni dalam kehidupannya.
Kecerdasan emosi menjawat peranan penting kepada
seseorang untuk membentuk perbezaan individu dengan individu yang lain. Oleh
itu, kita sebagai bakal guru memerlukan perkembangan kecerdasan emosi yang
tinggi pada diri-sendiri untuk membentuk dan memimpin anak murid kita untuk mendapat
keseimbangan dalam segi IQ dan EQ. EQ
yang tinggi dapat membantu mereka elak daripada masalah kerusuhan, berhubung
dengan orang yang berbeza sikap dan pemikiran di dunia sebenar semasa keluar
bekerja dalam kelompok masyarakat. Mereka dapat menabalkan hati dan bebas
daripada kehidupan yang terlalu tertekan agar kemahiran EQ ini dapat membawa
mereka menikmati kebahagiaan hidup dan menjadi seorang yang berguna dan
cemerlang dalam kehidupannya. Akhir kata, kuliah ini telah memberi banyak idea
baru kepada saya untuk melihat EQ dari perspektif yang baru dan mengetahui
pentingnya EQ dalam membentuk seorang yang berjaya dalam hidupnya. Marilah kita
meningkatkan tahap EQ bermula dengan diri kita sendiri terhadap kawan di
sekeliling kita. Sekian. Terima Kasih.