Hari ini
pensyarah telah memberitahu kerja kursus kita perlu dihantar selewat-lewatnya
pada hari Jumaat ini. Saya berasa terkejut dan bergerak segera selepas
pensyarah memberi arahan untuk mendapatkan lebih masa untuk menyiapkan kerja
kursus tersebut. Saya telah meminta tunjuk ajar daripada kawan dan berbincang
kepada rakan tentang cara membuatnya kerana tidak berapa faham pada isi-isi
yang perlu dimasukkan dalam tugasan ini. Saya berasa sibuk kerana tidak
diberitahu secara awal untuk menyiapkan kerja kursus. Masa yang diberi amat
sedikit dan saya mengorbankan masa bermain and berusaha menyiapkan kerja kursus
ini dalam tempoh satu hari. Saya berasa sangat penat kerana kerja kursus
Matematik dan Kecerdasan Emosi perlu hantar pada hari yang sama iaitu pada
keesokkan hari. Saya telah memahami kepentingan kecerdasan emosi dalam
kehidupan kita dengan orang lain untuk mencapai kerjaya hidup, menjalin
hubungan erat antara satu sama lain dan mencapai matlamat dengan lebih mudah
dan kreatif serta dapat melepaskan tekanan dengan cara yang betul.
No comments:
Post a Comment