My Blog List

Wednesday, 12 September 2012

Refleksi kuliah EQ



Saya bersyukur kerana mendapat peluang untuk mengambil mata pelajaran Kecerdasan emosi dalam semester ini. Mata pelajaran ini memberi banyak penerangan tentang psikologi dan IQ, EQ dan SQ yang terdapat dalam setiap individu. EQ yang tinggi dapat membantu seseorang melakukan kerja dengan lebih cepat, berkesan dan kehidupannya menjadi ceria, gembira, kebahagian. EQ yang tinggi dapat memimpin seseorang ke jalan kejayaan yang cemerlang dan terbilang. EQ menunjukkan kepada kebahagian hati dalam kehidupan tetapi bukan hanya kemewahan dan kekayaan dari segi kehidupan kerana jika seseorang kaya dalam kehidupan luaran tetapi sunyi and kekosongan dalam hati, orang tersebut tidak dikira bahagia dalam kehidupannya dan dikategori dalam EQ yang rendah.
            Kebanyakan orang pernah bermimpi ingin mempunyai IQ yang tinggi agar dapat menikmati kekayaan dari segi kebijaksanaan dan tidak akan mengalami kehidupan yang susah kerana orang yang bijak selalu mendapat kepujian daripada orang lain. Tetapi ada anda fikirkan orang yang tinggi IQ tetapi rendah EQ akan menghadapi masalah berkomunikasi dengan orang lain dan sentiasa bersendirian dan lama-lama akan menjadi seorang yang kehilangan kawan sejati serta hidup tidak bahagia. Oleh itu, kita harus berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan EQ kita agar dapat menjalin hubungan baik dalam masyarakat dan disenangi oleh orang lain, melahirkan kehidupan yang penuh kemanusiaan dan kebahagian, kita akan sentiasa hidup dalam keadaan gembira, senang mengatasi tekanan kehidupan dan benar-benar menyayangi orang di sekelilingnya dan dunia ini. Dengan kehidupan yang bahagia dari segi mental dan hati, kita dapat melakukan semua perkara dengan baik, belajar dengan bersungguh-sungguh, meningkatkan kualiti kerja dan prestasi diri-sendiri sehingga mencapai kecemerlangannya dan menjadi seorang yang berjaya, cemerlang dan seimbang dari segi IQ dan EQ.  Seperti yang saya katakan, penguasaan IQ juga penting tetapi IQ dapat dibentuk melalui belajar dan kemahiran berfikir secara bijak dalam melaksanakan kerja. Orang yang tinggi EQ mempunyai tingkah laku yang sopan, sentiasa memberi imej baik kepada orang lain, dapat berkomunikasi dengan cekap dan baik, seorang penyayang, sering membantu orang dalam kesusahan dan tinggi nilai murni dalam kehidupannya.
Kecerdasan emosi menjawat peranan penting kepada seseorang untuk membentuk perbezaan individu dengan individu yang lain. Oleh itu, kita sebagai bakal guru memerlukan perkembangan kecerdasan emosi yang tinggi pada diri-sendiri untuk membentuk dan memimpin anak murid kita untuk mendapat keseimbangan dalam segi IQ dan EQ.  EQ yang tinggi dapat membantu mereka elak daripada masalah kerusuhan, berhubung dengan orang yang berbeza sikap dan pemikiran di dunia sebenar semasa keluar bekerja dalam kelompok masyarakat. Mereka dapat menabalkan hati dan bebas daripada kehidupan yang terlalu tertekan agar kemahiran EQ ini dapat membawa mereka menikmati kebahagiaan hidup dan menjadi seorang yang berguna dan cemerlang dalam kehidupannya. Akhir kata, kuliah ini telah memberi banyak idea baru kepada saya untuk melihat EQ dari perspektif yang baru dan mengetahui pentingnya EQ dalam membentuk seorang yang berjaya dalam hidupnya. Marilah kita meningkatkan tahap EQ bermula dengan diri kita sendiri terhadap kawan di sekeliling kita. Sekian. Terima Kasih.

Refleksi Selepas Kuliah 13/09/2012



Hari ini pensyarah telah memberitahu kerja kursus kita perlu dihantar selewat-lewatnya pada hari Jumaat ini. Saya berasa terkejut dan bergerak segera selepas pensyarah memberi arahan untuk mendapatkan lebih masa untuk menyiapkan kerja kursus tersebut. Saya telah meminta tunjuk ajar daripada kawan dan berbincang kepada rakan tentang cara membuatnya kerana tidak berapa faham pada isi-isi yang perlu dimasukkan dalam tugasan ini. Saya berasa sibuk kerana tidak diberitahu secara awal untuk menyiapkan kerja kursus. Masa yang diberi amat sedikit dan saya mengorbankan masa bermain and berusaha menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh satu hari. Saya berasa sangat penat kerana kerja kursus Matematik dan Kecerdasan Emosi perlu hantar pada hari yang sama iaitu pada keesokkan hari. Saya telah memahami kepentingan kecerdasan emosi dalam kehidupan kita dengan orang lain untuk mencapai kerjaya hidup, menjalin hubungan erat antara satu sama lain dan mencapai matlamat dengan lebih mudah dan kreatif serta dapat melepaskan tekanan dengan cara yang betul.



Sunday, 2 September 2012

Kemerdekaan ke-55

Photo: wow~tat background very nice wor~


 

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55 merupakan satu sambutan terbesar dalam satu tahun bagi semua rakyat Malaysia. Saya dan rakan-rakan PPISMP Semester 1 dan 3 terpilih untuk menyertai latihan sambutan ini. Saya pernah mengikut koir kemerdekaan IPG pada tahun lepas di Dataran Merdeka pada waktu pagi dan kali ini merupakan pengalaman yang baru kepada saya kerana tahun ini persembahan kita diadakan di Stadium Bukit Jalil pada waktu malam. Walaupun latihan yang mempenatkan tetapi saya menikmati keseronokan dalam latihan persembahan ini. Selain itu, kita menggunakan LED Board untuk menjadikan grafik manusia yang terdiri daripada 2000 orang guru pelatih dari seluruh Semenanjung Malaysia. Penggunaan bahan teknikal ini memerlukan kesabaran dan tumpuan yang penuh terhadap arahan dan isyarat yang bagi daripada ketua persembahan.

 

Selain itu, saya telah mengenali kawan baru yang dating dari IPG Perlis dan Johor dalam section C2 ( section persembahan). Inilah kali pertama saya dating ke Stadium Bukit Jalil dan meraikan sambutan kemerdekaan dengan rakyat Malaysia yang begitu ramai sampai takut tersesat dalam banjiran orang. Semasa kita mempersembahan grafik manusia yang memaparkan perkataan dan gambar seperti SELAMAT DATANG, TWITTER dan bendera Malaysia, laungan suara yang kuat tidak saya simpan sehingga kehilangan suara dan sakit tekak selepas hari itu. Kemeriahan dalam stadium pada malam tersebut tidak akan saya lupakan dan akan terus berhubung dengan kawan baru menerusi Facebook. Terima kasih kepada pihak tertentu kerana diberi peluang untuk saya melibatkan diri dalam persembahan kali ini.